Dana

Tular Kisah Zeti Sendiri Tahu Najib Dapat Dana Saudi
Published on Jun 6, 2018 in Politik/Slider/Utama & Sensasi

BONGKAR… Awal tahun 2016, Mynewshub ada dedah kisah Istana Arab Saudi mengesahkan dana sebanyak AS$681 juta pernah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia sebenarnya dilaporkan stesen penyiaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC) yang merujuk sumbangan peribadi itu turut diberikan kepada ramai pemimpin Muslim di pelbagai negara Islam sejak sekian lama.

Isu tersebut turut disahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya setelah menilai segala laporan siasatan pihak berkuasa dan berpuas hati dengan hasilnya.

Proses siasatan itu dilakukan sendiri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran tohmahan jahat pihak pembangkang (kini kerajaan Pakatan Harapan – PH) konon Najib ada dana rahsia sebanyak RM2.6 bilion.

Mereka fitnah wang itu hasil penyelewengan daripada syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dijadikan modal oleh PH untuk ‘guling’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ironi, jika betul duit tersebut bukan daripada kerabat diraja Arab Saudi, tidak mungkin Malaysia menjadi negara pertama dilawati Raja Salman Abdulaziz Al-Saud pada tahun lalu yang tentunya murka nama baginda dieksploitasi!

Lucunya, tiada seorang pun pemimpin PH berani tampil bertanya terus Raja Arab Saudi itu ketika baginda singgah di negara ini tetapi mereka bertindak biadab menjadikan imej pemimpin tersebut sebagai bahan momokan politik.

Advertisements